Jenayah & Mahkamah

PDRM rakam keterangan individu berkaitan himpunan bantah bakar al-Quran

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan 10 individu berkenaan perhimpunan tanpa permit di hadapan Kedutaan Sweden dan Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Laporan Harian Metro menyebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Azmi Abu Kassim sebagai berkata, pihaknya sudah merakam keterangan semua individu terbabit.

“Kita (juga) akan memanggil beberapa lagi individu yang sudah dikenal pasti dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Laporan media sebelum ini memnyebut, pihak polis sudah mengenal pasti individu terbabit dengan dua perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang itu dan mereka akan dipanggil bagi dirakam keterangan di IPD Dang Wangi.

Difahamkan, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Dang Wangi membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jumaat lepas, polis mengesan demonstrasi aman dan serahan memorandum membantah pembakaran al-Quran dan demonstrasi solidariti bantahan penghinaan agama Islam yang tidak mematuhi undang-undang diadakan di lokasi berkenaan.

Pemerhatian polis mendapati kira-kira 80 individu menyertai perhimpunan yang diadakan di hadapan Kedutaan Belanda dan seramai 400 orang menyertai perhimpunan diadakan di hadapan Kedutaan Sweden.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button