Politik

Azmin Ali luah mahu berehat dari politik

BANGI – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini meluahkan hasrat mahu berehat dari dunia politik.

Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN)  itu berkata, beliau mahu berehat seketika sebelum kembali meneruskan tekadnya berbakti kepada negara dan rakyat.

“Kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah rehat seketika dalam arena politik saya untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Namun begitu, tekad saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan putus,”  katanya dalam satu ciapan di Twitter, hari ini.

Azmin memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa atas tiket PKR pada 2008, kemudian keluar dari parti itu pada 2020.

Show More

Related Articles

Back to top button