Berita Semasa

KPWKM sasar tambah bilangan remaja ambil bahagian dalam PPK

PUTRAJAYA – Program Pendidikan dan Pembangunan Kemahiran (PPK) telah berjaya menarik minat kira-kira 850,000 remaja di seluruh negara setakat ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bagaimanapun berkata, pihaknya akan terus menggandakan usaha bagi meningkatkan lagi penglibatan golongan tersebut.

“Kita merasa jumlah ini seharusnya diperkembang lagi dan beri peluang kepada remaja jalankan pelbagai aktiviti bersama NGO menjalankan aktiviti sihat.

”Apa yang kita mahu adalah remaja terlibat dalam aktiviti sihat kerana kita nak lihat remaja mengamalkan nilai murni, positif dan lain-lain,” katanya Nancy dalam ucapannya ketika hadir pada Majlis Penyerahan Trak Kafeteen Outreach #AMBILTAHUBAGITAHU di Kompleks Kejiranan Presint 16, di sini hari ini.

Mengenai penglibatan remaja dalam PPK, jelas Nancy, seramai 38,000 remaja mendapat manfaat menerusi Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif, manakala 20,000 orang lagi mendapat perkhidmatan Kaunseling Sosial di Pusat Remaja KafeTEEN.

Sementara itu, mengenai Pusat Remaja KafeTEEN pula, Nancy berkata terdapat 18 buah lokasi diwujudkan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, masing-masing lapan buah berada di premis LPPKN dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan dua lagi di Pusat Transit KafeTEEN,” ujarnya.

Jelas Nancy, KafeTEEN yang ditubuhkan sejak 2006 kini diperluaskan skop aktiviti dan perkhidmatannya termasuk interaktif yang membantu remaja mengisi masa mereka dalam masa yang sama meningkatkan ilmu pengetahuan, jati diti dan kebolehan dalam pelbagai aspek.

Antara aktivit yang dilaksanakan adalah Teen Talk / Teen Chat; kaunseling remaja, Busker Sahabat KafeTEEN dan Roger Cafe, katanya lagi

Show More

Related Articles

Back to top button