SKMM, PDRM diminta siasat gambar fitnah PM DSAI
CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta menyiasat satu hantaran di akaun Facebook seorang individu membabitkan sekeping gambar lama yang didakwa memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata pemilik akaun Facebook Sam My itu didapati berniat jahat dan sengaja menimbulkan prasangka buruk terhadap Perdana Menteri dengan menyiarkan gambar berkenaan sambil mengaitkannya bersama saranan kerajaan supaya rakyat mengamalkan sikap berjimat cermat.
“Pemfitnah ini telah menggunakan gambar lama (individu di kanan gambar Abd Rahman Yusof, kenalan saya telah lama meninggal dunia pada 8 Jun 2021) dalam fitnah ini.
“Saya telah mohon MCMC dan PDRM siasat segera,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Gambar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Sam MY semalam memaparkan gambar Anwar sedang makan bersama beberapa individu mendakwa rakyat disuruh makan menu Rahmah sedangkan Perdana Menteri menikmati hidangan daging unta.