Politik

Ketua Pejuang Terengganu letak jawatan

KUALA TERENGGANU – Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) negeri, Datuk Wan Nazari Wan Jusoh mengumumkan perletakan jawatannya berkuat kuasa hari ini.

Menurut Wan Nazari yang juga calon Pejuang Parlimen Besut, surat perletakan jawatanya telah diserahkan kepada Presiden Parti, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, pada pertengahan bulan lalu.

“Peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuang negeri tiada kaitan dengan kegagalan parti diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memenangi kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Saya meletakkan jawatan disebabkan menghadapi masalah kesihatan selain memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui parti di peringkat negeri,” katanya memetik laporan Berita Harian hari ini.

Terdahulu, pada PRU15 lalu, Wan Nazari gagal memenangi kerusi di Parlimen Besut selepas hanya mendapat 553 undi.

Kerusi Parlimen Besut dimenangi calon Pas, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dengan majoriti 18,666 undi menewaskan tiga calon termasuk Datuk Nawi Mohamad (BN) dan Abd Rahman Aziz Abas (PH) serta Wan Nazari.

Mengulas lanjut, Wan Nazari juga  merakamkan tanda terima kasih kepada Mukhriz atas kepercayaan diberikan kepadanya untuk mengetuai Pejuang negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button