Muhyiddin umum Kabinet bayangan PN
KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) hari ini mengumumkan barisan ‘Kabinet bayangan’ mereka yang akan menyelaraskan pengurusan parti itu sebagai pembangkang di Parlimen.
Memetik laporan Berita Harian, perkara itu diumumkan pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas berakhir Pemukiman Ahli Parlimen PN, hari ini.
PN katanya bersetuju dengan cadangan Sekretariat Ahli Parlimen PN diwujudkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen.
“Jawatankuasa Portfolio pembangkang ini diberikan kepada Ahli Parlimen kita yang ada kemahiran dan pengalaman dalam kerajaan serta latar belakang yang lalu dalam bidang masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas penutupan Pemukiman Ahli Parlimen PN, hari ini.
Berdasarkan poster Jawatankuasa Portfolio itu, Muhyiddin dinamakan sebagai Ketua Ahli Parlimen manakala timbalannya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetahui Portfolio untuk Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.