Politik

MKT UMNO umum keputusan pembersihan parti malam esok

PUTRAJAYA – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan mengumumkan keputusan ‘pembersihan besar-besaran’ parti pada malam esok.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan yang akan diumumkan bukan sahaja berkenaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, tetapi turut melibatkan ‘anggota lain’.

“Untuk dia (Khairy Jamaluddin) secara individu tidak penting.

“Saya kata dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan secara besar besaran,” kata Ahmad Zahid, hari ini.

Beliau menjelaskan, antara kesalahan yang telah dikenal pasti termasuk mensabotaj parti dan calon parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, dan individu yang ‘mensabotaj’ diri sendiri ketika pilihan raya diadakan.

Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan bilangan ahli atau tokoh yang akan dikenakan tindakan dengan hanya berkata, “Mana yang terasa atau belum terasa, insya Allah esok malam akan terasa,” jawabnya ringkas.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button