Politik

KJ akui tidak terkesan dipecat

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyatakan beliau tidak kecewa atas pemecatannya sebagai ahli UMNO yang diputuskan malam tadi.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu dalam kenyataan di Twitter berkata beliau tidak terkesan dengan pengumuman itu.

“Malam ini saya dipecat oleh parti yang saya sayang, yang saya berikan kesetiaan. Unbowed, unbent, unbroken,” katanya.

Dalam pengumuman Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam tadi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan malam tadi mengesahkan Khairy dipecat daripada UMNO.

Turut dipecat adalah Tan Sri Noh Omar bekas Ketua UMNO Selangor Noh Omar.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan antara yang digantung keahliannya.

Show More

Related Articles

Back to top button