Berita Semasa

Banjir Johor semakin buruk, 41 PPS dibuka tempatkan 3,967 mangsa

JOHOR BAHRU – Bencana banjir di Johor dilihat semakin buruk selepas mangsa banjir di negeri itu terus mencatatkan peningkatan pada hari ini.

Daerah Muar menjadi daerah baru dilanda banjir dan menjadikan enam daerah di negeri itu berdepan banjir ketika ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, seramai 3,967 mangsa banjir daripada 1,104 keluarga ditempatkan di 41 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seluruh negeri itu.

Katanya daerah Muar membuka dua PPS yang baru terjejas banjir menempatkan mangsa banjir yang masih dikemas kini jumlahnya.

“Segamat terus mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai dengan 1,417 mangsa banjir daripada 399 keluarga daripada 16 PPS. Sebelum ini PPS di Segamat ialah 13 PPS.

“Diikuti jumlah mangsa banjir di Kluang, seramai 1,191 mangsa banjir daripada 341 keluarga ditempatkan di 11 PPS.

“Kota Tinggi menempatkan 568 mangsa banjir daripada 138 keluarga di 6 PPS.

“Manakala Mersing pula menempatkan 640 mangsa banjir daripada 194 keluarga di 4 PPS,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button