Politik

PAU 2022 tidak akan jadi pentas menuding jari

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) yang sedang berlangsung tidak akan dijadikan pentas untuk menuding jari kepada mana-mana pihak ekoran kemelut dan pertelingkahan parti itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, PAU 2022 bukan tempat untuk pemimpin-pemimpin parti menyalahkan mana-mana individu selepas parti itu mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) lalu.

“Kita tidak akan jadikan ini (PAU) pentas debat untuk mencari salah sesiapa selepas apa yang berlaku.

“Tiada guna untuk melihat kepada semua kerumitan yang berlaku kerana ia akan mengambil masa yang lama.

“Sebaliknya PAU 2022 akan menjadi tempat untuk kita sama-sama mengerakkan parti ke hadapan,” katanya pada sidang media di pejabat Naib Presiden UMNO, Menara Dato Onn di sini hari ini.

Ditanya kelangsungan UMNO dalam kerajaan gabungan bersama Pakatan Harapan (PH,) Mahdzir berkata, keputusan itu adalah keputusan yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi UMNO dan telah dipersetujui.

Bagaimanapun katanya, PAU 2022 tidak akan menutup ruang perbahasan mengenai kedudukan parti itu dalam kerajaan bersama PH khususnya untuk kepentingan politik jangka pendek dan panjang.

“Ia adalah satu keputusan didapati memberi keuntungan dalam kerjasama dan kesatuan itu. Tapi kita perlu pastikan UMNO berada dalam keadaaan yang relevan dalam politi tanah air,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button