Luar Negara

Legenda bola sepak Brazil, Pele meninggal dunia

SAO PAULO – Legenda bola sepak Brazil, Pele meninggal dunia hari ini pada usia 82 tahun.

Berita sedih mengenai pemain yang dianggap terhebat sepanjang zaman dan pemenang Piala Dunia tiga kali itu disampaikan oleh anak perempuan Pele, Kely Nascimento di Instagram.

“Semua yang boleh kami ungkapkan kepada anda adalah terima kasih. Kami menyayangi anda tidak terhingga. Berehatlah dengan tenang,” tulisnya.

Hospital Albert Einstein yang merawat Pele dalam satu kenyataan berkata, kematiannya selepas sekian lama bertarung dengan kanser disebabkan oleh ‘kegagalan pelbagai organ.’

Kesihatan Pele semakin merosot selepas dia bertarung dengan masalah buah pinggang serta kanser kolon, dan menjalani pembedahan terakhir pada September 2021, diikuti dengan kemoterapi.

Dilahirkan pada 23 Oktober 1940, di bandar tenggara Tres Coracoes, Pele atau nama sebenarnya, Edson Arantes do Nascimento membesar dengan menjual kacang tanah di jalanan untuk membantu keluarganya yang miskin.

Show More

Related Articles

Back to top button