Bisnes & Ekonomi

BNM dijangka naikkan lagi kadar OPR tahun depan

CYBERJAYA – Bank Negara (BNM) dijangka akan menaikkan lagi kadar faedah (OPR) sebanyak 25 mata asas pada Januari 2023 bagi mengekang inflasi.

Laporan Berita Harian hari ini menyebut, kadar inflasi teras mencecah paras tertinggi baharu sebanyak 4.2 peratus pada November 2022.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan momentum optimis akan berterusan dan mendorong bank pusat menaikkan OPR sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada bulan depan.

Selain itu, MIDF Research berkata, trend inflasi yang tinggi di Malaysia ini disebabkan oleh permintaan pengguna yang kukuh, manakala petunjuk bagi inflasi kos sudah berkurangan sejak kebelakangan ini.

Malah, pasaran pekerjaan meningkat dengan pertumbuhan guna tenaga melebihi tiga peratus bagi tujuh bulan sejak April 2022, manakala import barangan penggunaan dan jualan perdagangan pengedaran terus berkembang pada kadar dua angka dengan masing-masing sebanyak 21.6 mata dan 15.2 peratus pada Oktober 2022.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button