
Indonesia perlu perkukuh aspek ketenteraan, pertahanan demi kedaulatan negara – Prabowo
JAKARTA – Indonesia perlu memperkuatkan aspek ketenteraan dan pertahanannya bagi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara daripada ancaman dalaman dan luaran.
Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan, walaupun Indonesia sebuah negara aman, aspek tersebut perlu diperkukuhkan bagi mengelakkan kuasa asing mengeksploitasi sumber alam atau mencetuskan konflik dalaman, lapor ANTARA News.
“Perlu diingat bahawa negara kita memerlukan angkatan tentera yang kuat kerana tiada negara boleh kekal merdeka tanpa kekuatan pertahanan yang hebat.
“Saya ulang sekali lagi, tiada negara yang merdeka tanpa tentera yang kuat,” katanya di Bandung Barat, Jawa Barat, hari ini.
Prabowo berkata demikian ketika menjadi pemeriksa kehormat pada upacara peluasan struktur Tentera Nasional Indonesia (TNI) di Pusat Pendidikan dan Latihan Komando Pasukan Khusus (Kopassus) Tentera DaratIndonesia (TNI-AD) di Batujajar.
Sehubungan itu, beliau mengulangi komitmennya untuk menegakkan Perlembagaan 1945 yang mengamanahkan perlindungan keutuhan wilayah, kedaulatan dan kekayaan Indonesia.
“Dengan sumpah setia kepada Perlembagaan 1945 sebagai Presiden Republik Indonesia, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab,” tegasnya.
Dalam majlis sama, Prabowo turut merasmikan pelantikan Jeneral Tandyo Budi Revita sebagai Timbalan Panglima TNI, jawatan yang tidak disandang sejak pemansuhan pada 2000 dan melancarkan enam markas tentera darat baharu, menjadikan keseluruhannya 21 markas.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |