LUAR NEGARA

Felix Baumgartner maut dalam kemalangan paragliding

MILAN – Penerjun lasak, Felix Baumgartner meninggal dunia setelah terlibat dalam kemalangan ketika melakukan aktiviti pragliding, semalam.

Menurut pihak berkuasa, warganegara Austria berusia 56 tahun itu jatuh terhempas ketika mengendalikan alatannya di Porto Sant’Elpidio, yang terletak di pantai Adriatik Itali.

Mendiang dipercayai hilang kawalan lalu terjatuh ke atas struktur kayu bersebelahan kolam renang di Le Mimose Family Camping Village, menurut laporan media Itali.

Seorang pekerja wanita hotel berkenaan turut cedera di bahagian leher akibat terkena serpihan.

“Baumgartner disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan siasatan mengenai punca kemalangan sedang dijalankan,” kata sumber keselamatan di tempat kejadian.

Reputasi Baumgartner sebagai atlet sukan lasak melonjak secara mendadak apabila mendiang mula menceburi sukan BASE pada 90-an.

Mendiang mencipta rekod dunia baharu bagi terjunan BASE tertinggi dari sebuah bangunan apabila terjun dari Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia, pada tahun 1999.

Mendiang bagaimanapun paling dikenali kerana terjunan dari pinggir angkasa lepas pada ketinggian 39 kilometer (KM) menerusi projek Red Bull Stratos pada 2012.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button