
Tular rumah dipecah masuk: Nenek berusia 94 tahun selamat, tidak alami sebarang kecederaan
SIMPANG RENGGAM – Seorang warga emas berusia 94 tahun terselamat selepas rumahnya dipecah masuk dalam kejadian samun di sini pada jam 4.30 pagi, beberapa hari lalu.
Kejadian itu menjadi tular di media sosial selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang lelaki menceroboh masuk ke kediaman mangsa, yang dikenali sebagai Nenek Embun, sebelum melarikan gelang tangan dan sejumlah wang tunai.
Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua PKR Cabang Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik berkata, beliau berkesempatan menziarahi mangsa bersama Ketua Wanita Keadilan Cabang Simpang Renggam, Faridah Jaini dan jiran lama mangsa, Puan Alin.
“Kami disambut mesra oleh anak-anak, cucu-cucu dan cicit beliau. Ramai netizen menuduh keluarga mengabaikannya, namun perkara itu tidak benar.
“Kehadiran CCTV di rumah membuktikan anak cucu sentiasa memantau keselamatan beliau, cuma pada malam kejadian, Nenek Embun tidur bersendirian,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Menurutnya, keluarga kini mengetatkan kawalan keselamatan di kediaman warga emas itu bagi mengelak kejadian berulang.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek untuk segera menghubungi Balai Polis Simpang Renggam bagi membantu siasatan.
Dalam pertemuan tersebut, Nenek Embun yang masih sihat dan mampu menguruskan rumahnya sendiri turut berkongsi petua kesihatan iaitu tidak minum air ais dan air bergula.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |