JENAYAH & MAHKAMAH

Kematian Baby Syifaa disebabkan kecuaian pengasuh – Mahkamah Koroner

SEREMBAN – Mahkamah Koroner hari ini memutuskan kematian kanak-kanak perempuan berusia 15 bulan, Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa adalah disebabkan kecuaian pengasuh.

Koroner, Datin Surita Budin dalam keputusannya berkata, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan tanpa pengawasan oleh pengasuh yang juga saksi inkues berkenaan.

“Saya buat dapatan dan keputusan bahawa kematian Asyifaa disebabkan akibat tekanan pada leher dan tekanan ini bersesuaian dihasilkan oleh berat badan si mati apabila lehernya tersangkut di bahagian sisi hujung kain buaian.

“Berdasarkan keterangan saksi secara keseluruhan, mahkamah memutuskan kematian si mati adalah bukan disebabkan kemalangan atau kecelakaan tetapi terdapat keterangan kukuh yang menunjukkan si mati telah tergantung dalam buaian.

“Akibat tindakan dan tinggalan pengasuh pusat jagaan, Khairulnisa Ahmad Damunhuri yang meninggalkannya dalam buaian tanpa pengawasan berpatutan dan sewajarnya dalam jangka masa yang munasabah dan akhirnya menyebabkan kematian si mati dan terjumlah dalam satu perbuatan yang menyalahi undang-undang,” katanya dalam pendengaran keputusan inkues di Mahkamah Sesyen Seremban, di sini hari ini.

Inkues berkenaan berlangsung selama 12 hari sejak difailkan pada 8 April 2022 dan bermula pada 22 September 2022.

Dalam dapatannya, Koroner turut memaklumkan, seramai 28 saksi telah dipanggil mahkamah bagi memberikan keterangan.

Dalam kejadian pada 22 September 2022 tersebut, Baby Syifaa ditemui tidak sedarkan diri dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman di Bandar Sri Sendayan, dekat sini.

Pada 30 Mac tahun sama, bapanya, Yuseri mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button