BERITA SEMASALUAR NEGARA

Trump alami masalah vena biasa, kaki bengkak bukan tanda penyakit serius

WASHINGTON D.C. – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump disahkan mengalami masalah kesihatan vena yang biasa selepas pemeriksaan perubatan dilakukan berikutan kebimbangan terhadap keadaan kakinya yang kelihatan bengkak.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, pemeriksaan perubatan yang dijalankan mendapati Trump mengalami chronic venous insufficiency, iaitu kekurangan vena kronik yang lazim berlaku dalam kalangan warga emas.

“Keadaan ini adalah ringan dan tidak berbahaya, khususnya bagi individu berusia lebih 70 tahun.

“Presiden tidak mengalami kesakitan akibat keadaan tersebut,” katanya dalam satu sidang media, semalam.

Menurutnya, pemeriksaan itu dilakukan selepas tular gambar Trump yang menunjukkan bengkak pada bahagian buku lali, sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi berhubung tahap kesihatan beliau.

Trump alami masalah vena biasa, kaki bengkak bukan tanda penyakit serius
Bukulali Trump bengkak

Tambah Leavitt, tiada tanda-tanda menunjukkan Trump mengalami penyakit lebih serius seperti trombosis vena dalam atau masalah arteri.

Ujian darah turut menunjukkan keputusan normal manakala imbasan jantung (echocardiogram) mengesahkan struktur dan fungsi jantung presiden berada dalam keadaan baik.

Trump alami masalah vena biasa, kaki bengkak bukan tanda penyakit serius
Trump mengalami gejala sakit tua

“Presiden masih berada dalam tahap kesihatan yang cemerlang, sebagaimana yang dapat disaksikan menerusi komitmen dan aktivitinya setiap hari,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Leavitt turut menjelaskan mengenai lebam yang kelihatan pada tangan Trump sebelum ini, berpunca daripada iritasi akibat kerap berjabat tangan serta kesan sampingan penggunaan aspirin yang diambil sebagai langkah pencegahan penyakit jantung.

Sementara itu, Pakar Perubatan Rumah Putih, Dr. Sean Barbabella dalam laporan perubatannya pada April lalu turut mengesahkan bahawa Trump “masih sihat secara fizikal dan layak sepenuhnya untuk menjalankan tugas sebagai Presiden.”

Rumah Putih memaklumkan sebarang perkembangan lanjut mengenai kesihatan Presiden akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button