BERITA SEMASA

Qari, Qariah Malaysia rangkul juara MTHQA Ke-65

KUALA LUMPUR – Peserta negara mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kedua-dua kategori Tilawah lelaki (Qari) dan wanita (Qariah) pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-65 Tahun 2025/1447 (MTHQA) yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), malam tadi.

Bagi kategori Qari, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan muncul juara, manakala naib juara milik Ahmad Azroi Hasibuan dari Indonesia dan tempat ketiga diraih Muhammed Yahya Yildizhan dari Turkiye.

Kategori Qariah pula menyaksikan Wan Sofea Aini Wan Mohd Zahidi merangkul gelaran juara, diikuti Fatima Zahra Assafar dari Maghribi di tempat kedua dan Nur Rahmiyatin Adhya dari Indonesia di tempat ketiga.

Enam finalis termasuk Wan Sofea melengkapkan penyertaan 71 peserta dari 49 negara. Ribuan penonton membanjiri dewan sejak jam 5 petang bagi memberi sokongan padu kepada wakil negara.

“Alhamdulillah, secara keseluruhan saya berpuas hati dengan persembahan sebentar tadi. Saya reda dengan apa sahaja keputusan,” katanya di sini hari ini.

Pertama kali beraksi di pentas antarabangsa, Wan Sofea turut berhasrat membuka kelas taranum khusus untuk golongan belia jika diberi peluang.

Penganjur menawarkan hadiah wang tunai RM40,000 kepada johan Qari dan Qariah, RM30,000 kepada naib johan, serta RM20,000 bagi tempat ketiga, beserta hadiah iringan, cenderamata dan sijil. Nilai sama turut disediakan bagi kategori hafazan.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button