
Warga emas tunggang motosikal lawan arus dirakam keterangan
ISKANDAR PUTERI – Polis sedang menyiasat berhubung tindakan seorang warga emas menunggang motosikal secara melawan arus sejauh kira-kira 700 meter di Lebuhraya Linkedua, seperti yang tular baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.
“Bertindak atas maklumat tular video itu, pihak polis berjaya mengenal pasti individu terlibat iaitu seorang lelaki tempatan berusia 62 tahun. Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 11.4 arah Utara, sekitar jam 2.35 petang, 13 Jun lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut beliau, lelaki berkenaan sudah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut.
“Setakat ini, tiada kemalangan dilaporkan susulan tindakan tersebut. Namun, kami mengambil serius isu ini kerana ia melibatkan keselamatan pengguna lebuh raya lain,” katanya lagi.
Orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan diminta menghubungi Pejabat Pertanyaan BSPT Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5101322 bagi membantu siasatan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |