
Proses bedah siasat Zara Qairina selesai
KOTA KINABALU – Proses bedah siasat ke atas jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini selesai selepas kira-kira lapan jam prosedur itu dijalankan.
Menurut peguam keluarga, Shahlan Jufri, jenazah akan dibawa balik ke Sipitang malam ini juga bagi dikebumikan semula di di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol.
Bedah siasat bermula kira-kira pukul 11 pagi tadi dan selesai sebelum 8 malam tadi.
Proses bedah siasat tersebut turut melibatkan pakar perunding dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang iaitu Dr Khairul Anuar Zainun yang ditugaskan bersama Pakar Patologi HQE, Dr Jessie Hiu dengan dibantu dua lagi pakar.
Terdahulu, jenazah pelajar berusia 13 tahun itu tiba di hospital pukul 10.30 malam tadi selepas digali semula dari Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi di Sipitang pada pukul 7.30 malam, semalam.
Jenazah itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Radiologi untuk Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan) sebelum ditempatkan di Jabatan Forensik Perubatan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |