BERITA SEMASA

Menteri Sabah nafi dakwaan anak terlibat kes Zara Qairina

KOTA KINABALU – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menegaskan, beliau tidak mempunyai anak bernama Farisya yang dikaitkan dengan insiden melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir.

Beliau juga menjelaskan bahawa tiada anaknya yang bersekolah di institusi pendidikan tempat arwah menuntut.

“Saya ada baca di media berhubung dakwaan yang menyatakan ada seorang bernama Farisya anak kepada saya.

“Sebenarnya saya tidak ada anak bernama sedemikian dan saya juga ingin menekankan bahawa saya tidak ada anak yang belajar di sekolah berkenaan,” katanya dalam satu video.

Mohd Arifin turut menyampaikan takziah kepada keluarga arwah dan mendoakan Allah mengurniakan maghfirah serta rahmat ke atas rohnya.

“Saya doakan semoga arwah Allahyarhamah diberkati Allah, beroleh maghfirah dan rahmah. Saya juga meminta kepada ibu bapa beliau dan keluarga agar bersabar dan kita tunggu apa-apa hasil daripada siasatan pihak polis,” ujarnya.

Beliau menegaskan pihaknya tidak berkompromi berhubung insiden yang menimpa pelajar tersebut dan berharap siasatan dapat diteruskan sehingga selesai.

“Kita minta supaya siasatan terus dilakukan untuk anak ini,” katanya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial nama Farisya iaitu salah seorang pelajar yang terlibat dalam kes kematian Zara Qairina dikatakan anak kepada Mohd Ariffin yang juga menantu kepada Tuan Yang Dipertua (TYT) Sabah, Tun Musa Aman.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button