BERITA SEMASAPMX

Malaysia dipilih hab utama ACWA Power di Asia Tenggara – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan keputusan ACWA Power, syarikat tenaga berpangkalan di Arab Saudi, untuk menjadikan Malaysia sebagai hab utama mereka di Asia Tenggara.

Menurut beliau, keputusan ACWA Power, yang merupakan peneraju global dalam sektor tenaga boleh baharu dan hidrogen hijau, merupakan satu lagi pencapaian positif hasil kerjasama erat antara Malaysia dan Arab Saudi.

“Ini satu lagi perkembangan positif hasil kerjasama erat Malaysia–Arab Saudi, khususnya selepas pertemuan saya dengan pengasas ACWA Power semasa Sidang Kemuncak ASEAN–GCC,” katanya di Facebook semalam.

Tambah beliau, pelaburan tersebut bukan sahaja mengiktiraf dasar peralihan tenaga negara, malah membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta memacu pemindahan teknologi kepada Malaysia.

Pada masa ini, ACWA Power menjalinkan kerjasama strategik bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB), UEM Lestra dan Terengganu Inc. dalam usaha membangunkan projek tenaga boleh baharu, hidrogen serta loji jana kuasa turbin kitaran gabungan (CCGT), selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Komitmen ini mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam tenaga mampan serantau dan menyokong usaha ke arah ekonomi rendah karbon,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button