BERITA SEMASA

Kawalan sempadan di Sungai Golok diketatkan – KPN

KUALA LUMPUR – Kawasan sempadan negara di sepanjang Sungai Golok, Thailand diperketatkan susulan insiden tembakan dan letupan bom di wilayah itu, malam tadi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang berkawal turut diarah meningkatkan kawalan dan rondaan di pengkalan haram termasuk kawasan titik panas.

Tambahnya, langkah ini bertujuan mencegah kemasukan individu tidak diingini ke negara ini.

“Kita telah mengarahkan semua PGA meningkatkan rondaan di pangkalan haram dan kawasan hotspot di sepanjang Sungai Golok bagi memastikan ia tidak dibolosi penjenayah.

“Kompeni komander juga diarahkan bagi memantau keselamatan pos dan petugas selama 24 jam,” katanya, hari ini.

Tambahnya, Briged Tenggara dan Polis Kelantan turut memantau keadaan di wilayah Narathiwat dan kawalan ketat dikuatkuasakan serta merta hingga situasi kembali selamat.

Bagaimanapun katanya, sehingga kini tiada rakyat malaysia yang dilaporkan terbabit dalam insiden tersebut.

Dalam kejadian malam tadi, sekumpulan individu berpakaian gelap, bertudung labuh dan berpurdah menyerang Pejabat Daerah Sungai Golok.

Sumber keselamatan tempatan berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lebih 10 penyerang dilengkapi senjata api itu tiba dengan sebuah pikap dan kereta.

Dalam serangan itu, dua sukarelawan polis maut, manakala lapan lagi cedera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button