
JAKIM ucap selamat ulang tahun kelahiran kepada Perdana Menteri
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-78 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi hari ini, JAKIM mendoakan agar Allah SWT sentiasa mengurniakan kesihatan yang berpanjangan buat Anwar.
“Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan Datuk Seri ketabahan yang teguh, kebijaksanaan yang mendalam serta keberkatan yang melimpah dalam memimpin negara,” menurut kenyataan tersebut.
Ucapan itu turut menyertakan harapan agar kepimpinan Perdana Menteri terus membawa Malaysia ke arah negara MADANI yang sejahtera, harmoni dan berdaya saing di persada dunia.
Anwar yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Beliau memperkenalkan kerangka Malaysia MADANI sebagai agenda pembangunan negara berasaskan enam teras iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ehsan.
Inisiatif ini bertujuan mengangkat martabat rakyat melalui pembinaan negara yang berteraskan nilai, inovasi dan kesejahteraan bersama.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |