BERITA SEMASAPOLITIK

Rafizi sahkan hadir perasmian Kongres Nasional PKR malam ini

JOHOR BAHARU – Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan akan menghadiri majlis perasmian Kongres Nasional PKR yang dijadualkan berlangsung di sini malam ini.

Kehadiran Menteri Ekonomi itu sekali gus menepis spekulasi bahawa beliau akan memulaukan acara tersebut susulan pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR yang sedang berlangsung.

“Saya akan hadir, kenapa pula saya tidak mahu hadir? Malah esok pun saya akan hadir,” katanya ringkas kepada media.

Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyempurnakan Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada malam ini.

Terdahulu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan membuat kemunculan mengejut pada saat-saat akhir proses pengundian secara fizikal di Berjaya Waterfront di sini petang ini.

Beliau hadir bersama penyokongnya bagi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli parti.

“Undi lima minit, bukan ada apa pun. Saya pergi makan dulu selepas solat Jumaat tadi dan siapkan apa patut dulu barulah ke sini. ‘So, just nicelah’,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button