
Penyanyi lagu Pretty Little Baby meninggal dunia pada usia 87 tahun
KUALA LUMPUR – Penyanyi legenda Amerika Syarikat, Connie Francis yang terkenal menerusi lagu Pretty Little Baby disahkan meninggal dunia pada usia 87 tahun, pagi semalam.
Perkara itu dimaklumkan oleh sahabat karibnya yang juga Presiden syarikat rakaman Concetta Records, Ron Roberts menerusi hantaran di Facebook.
“Dengan hati yang amat berat dan kesedihan yang mendalam, saya ingin memaklumkan kepada anda mengenai pemergian sahabat tersayang saya, Connie Francis, malam tadi,” katanya lagi.
Menurutnya, Francis pasti mahu peminat-peminatnya menjadi antara yang pertama mengetahui berita sedih berkenaan.
Difahamkan, kematian penyanyi itu berlaku hanya dua minggu selepas dia dimasukkan ke hospital akibat masalah kesihatan yang serius.
Sebelum itu, menerusi satu hantaran sempena Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat pada 4 Julai lalu, Francis memaklumkan keadaannya semakin pulih selepas mendapat rehat mencukupi, namun kembali dimasukkan ke hospital dua hari kemudian untuk menjalani beberapa siri pemeriksaan lanjut.
Nama Francis kembali menjadi sebutan dalam kalangan generasi muda apabila lagu Pretty Little Baby yang dirakam pada tahun 1962 tular di aplikasi TikTok, kira-kira 63 tahun selepas ia diterbitkan.
Berita pemergian penyanyi yang cukup dikenali dengan suara lunaknya itu menerima pelbagai reaksi peminat yang menyifatkannya sebagai satu kehilangan besar buat dunia muzik antarabangsa.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |