BERITA SEMASA

Caprice desak kerajaan halang restoran milik pempengaruh sensasi, ‘Thai Hot Guy’ ke Malaysia

KUALA LUMPUR – Pempengaruh, Caprice menggesa kerajaan menyekat kemasukan dua pemilik restoran sensasi, ‘Thai Hunk’ ke Malaysia, berikutan laporan mengatakan duo berkenaan akan menghadiri satu acara promosi di Petaling Jaya pada 26 Julai ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Caprice menanda akaun rasmi Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memohon tindakan selanjutnya, segera.

“Salam @saifnasution_ @kementeriandalamnegeri @pdrmsia_official @imigresen tolong block mereka dari masuk Malaysia,” katanya ringkas.

Tangkap layar video yang dimuat naik Caprice menunjukkan duo tersebut memberitahu akan datang ke Petaling Jaya pada Sabtu ini.

Kumpulan yang turut dikenali sebagai ‘Thai Hot Guy’ itu terkenal menerusi restoran makanan laut di Bangkok yang menggunakan konsep pelayan lelaki berbadan sasa, berpakaian menjolok mata dan menari bagi menarik pelanggan.

Terdahulu, mereka mencetuskan kontroversi selepas mengumumkan rancangan untuk membuka cawangan restoran baharu di Kuala Lumpur awal bulan ini.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak senang terhadap pengumuman tersebut.

“Seriuslah kerajaan benarkan acara ini? Kerajaan tolonglah tegas dengan event puak-puak gay ni,” komen @hapeacerazalli.

“Tolonglah jangan malukan negara kita,” tulis @rihannaqadira pula.

Pengumuman pembukaan restoran tersebut dibuat oleh pengasasnya, Dee dan Wow menerusi akaun Facebook rasmi mereka Dee Wow yang menyatakan bahawa mereka sedang mencari lokasi sesuai di ibu negara Malaysia.

Namun begitu, mereka turut menjelaskan bahawa cawangan yang bakal dibuka di Malaysia tidak akan menampilkan konsep yang sama seperti di Bangkok.

“Kami tidak bercadang untuk mengendalikan restoran dengan persembahan tarian,” jelas mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button