BERITA SEMASA

RM400,000 jadi rebutan! Malaysia Photo Hunt 2025 buka penyertaan

KUALA LUMPUR – Tourism Malaysia hari ini melancarkan pertandingan Malaysia Photo Hunt 2025 bagi menggalakkan promosi kreatif destinasi pelancongan negara menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Pertandingan foto dan video yang berlangsung dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2025 ini terbuka kepada rakyat Malaysia, pemastautin asing dan pelawat antarabangsa.

Peserta dikehendaki merakam keindahan pelbagai lokasi pelancongan di Malaysia menggunakan kamera atau telefon pintar.

Timbalan Ketua Setiausaha MOTAC
Canon, Sony, Samsung, OPPO dan Huawei – tampil sebagai rakan strategik pertandingan,

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pertandingan itu merupakan antara inisiatif berimpak tinggi dalam mempromosi Malaysia secara kreatif melalui media sosial.

“Malaysia Photo Hunt 2025 adalah usaha menggalakkan pelawat mempromosi keindahan negara dengan slogan ‘Malaysia Welcomes the World’,” katanya disini hari ini.

Teks ucapannya dibaca oleh timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Datuk Mohd Yusri Yusoff.

Beliau berkata, penyertaan dibuka kepada pengguna semua jenama kamera dan telefon pintar.

“Namun, lima jenama utama – Canon, Sony, Samsung, OPPO dan Huawei – tampil sebagai rakan strategik pertandingan, membolehkan penyertaan dikategorikan mengikut jenama.

“Pengguna jenama lain pula boleh menyertai melalui kategori khas Tourism Malaysia,” katanya lagi.

Beliau turut berkata, setiap penyertaan perlu disertakan salinan resit aktiviti pelancongan sah seperti penginapan berlesen, tiket tarikan pelancongan atau tempahan pengangkutan domestik bertarikh antara 1 Januari hingga 31 Ogos 2025.

“Tourism Malaysia turut menjalin kerjasama dengan Perodua, yang menaja 10 kereta bagi program Fam Trip melibatkan influencer dari 13 hingga 15 Jun ini.

“Sebanyak empat hadiah utama bernilai keseluruhan RM100,000 ditawarkan, termasuk RM15,000 untuk pengguna telefon pintar (foto), RM25,000 (video), serta RM25,000 dan RM35,000 masing-masing untuk kategori kamera,” katanya lagi.

Lebih mengujakan, jumlah keseluruhan hadiah pertandingan mencecah RM400,000, menjadikannya antara pertandingan foto dan video terbesar di Malaysia.

Penyertaan juga disokong oleh pelbagai agensi negeri seperti LADA, Penang Global Tourism, Sarawak Tourism Board dan Sabah Tourism Board, selain badan industri pelancongan seperti MATTA, BUMITRA, MAH, MAHO, MyBHA dan MITA.

Persembahan perasmian
Persembahan perasmian

Orang ramai boleh menghantar penyertaan secara dalam talian melalui laman rasmi www.mphunt.tourism.gov.my bermula 1 Jun ini. Sebagai galakan awal, 2,000 penyertaan terawal bakal menerima hadiah misteri eksklusif.

Keputusan pertandingan dijangka diumumkan pada Oktober 2025, diikuti pameran khas mempamerkan hasil karya terpilih sebagai sebahagian promosi menuju VM2026.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button