BERITA SEMASA

Bendera terbalik: Ketua Pemuda UMNO bidas kenyataan DAP, anggap perbuatan biadap

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menyifatkan tindakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik sebagai perbuatan yang sangat biadap dan tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan penghormatan terhadap negara.

“Tindakan tidak menghormati bendera Malaysia adalah perbuatan biadap.

“Ini bukan isu yang diperbesarkan, ini memang isu besar soal penghormatan terhadap negara dan tidak ada kompromi langsung,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menyifatkan Pemuda UMNO melakukan tindakan buli apabila membangkitkan isu itu.

Dalam hantaran itu, Akmal turut menyindir DAP dengan mengatakan pihaknya sanggup mengajar cara memasang bendera Malaysia dengan betul sekiranya parti itu tidak mengetahuinya.

“Nak anggap kami biadap? Silakan. Kami lebih rela dianggap biadap daripada dianggap pengkhianat,” katanya.

Terdahulu, tular gambar Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah kedai perkakasan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang sehingga menimbulkan kecaman orang ramai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button