AgamaBerita Semasa

Dakwaan 200 sekolah agama di Selangor ditutup tidak benar

SHAH ALAM – Kerajaan negeri Selangor menafikan dakwaan tidak berasas segelintir pihak yang cuba memburukkan usaha pemutihan sekolah agama persendirian di negeri ini.

Menurut laporan BH Online yang dikeluarkan pada 16 Jun tahun ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata langkah pemutihan tersebut dibuat bagi meningkatkan kualiti dan taraf institusi pendidikan itu.

Katanya, kerajaan negeri mengambil langkah sejak 2019 bagi membangunkan Garis Panduan Pemutihan Sekolah Agama (Institusi Tahfiz) Persendirian Negeri Selangor melibatkan 416 buah sekolah.

Beliau berkata usaha itu dilakukan berasaskan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menunjukkan peningkatan kejadian malang menimpa sekolah agama itu termasuk tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa dan mencederakan lima murid pada 2018.

Menurutnya, usaha murni yang dilakukan kerajaan negeri telah mendapat dokongan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) yang dianggotai oleh 478 institusi sekolah agama persendirian.

Semalam, Samudera.my melaporkan Pengerusi Sekretariat NGO Islam Selangor, Datuk Nazilah Idris mendakwa lebih 200 sekolah agama rakyat di Selangor dinafikan hak mereka apabila mereka diberikan surat amaran untuk keluar daripada premis perniagaan.

Dakwanya, isu tersebut bukan perkara remeh kerana ia melibatkan pendidikan orang Islam, malah seramai 40,000 pelajar Islam Selangor akan dinafikan hak apabila sekolah ini perlu ditutup dan dipindah.

Show More

Related Articles

Back to top button