Berita Semasa

Wan Noor Hayati Tokoh Wartawan Rakyat meninggal dunia

SERDANG – Tokoh Wartawan Rakyat, Wan Noor Hayati Wan Alias meninggal dunia di Hospital Serdang, jam 5.30 petang tadi.

Allahyarham, 44, menghembuskan nafas terakhir selepas lebih sebulan terlantar uzur akibat radang paru-paru.

Penerima Anugerah Kajai 2014 itu dikesan menghidap penyakit itu sejak April lalu.

Namun, selepas dibenarkan keluar dari hospital pada 14 Jun lalu, Wan Noor Hayati yang terpaksa berhenti daripada sebuah portal berita hanya mampu terbaring di rumahnya di Taman Kajang Utama, di sini.

Disebabkan keadaan kesihatannya yang semakin merosot, Allahyarham terpaksa dimasukkan ke unit kecemasan Hospital Serdang dua hari lalu.

Dalam pada itu, difahamkan jenazah bekas wartawan Utusan Malaysia dan  Berita Harian itu akan dibawa ke Surau Perigi Talan, Kampung Bintongan, Rembau, Negeri Sembilan untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bintongan jam 11 malam ini.

Show More

Related Articles

Back to top button