Luar Negara

Singapura akan nyahrahsia dokumen berkaitan perpisahannya dengan Malaysia

SINGAPURA – Kerajaan Singapura bersetuju untuk menyah rahsia dokumen mengenai perbincangan peringkat atasan di antara pemimpinnya dengan pimpinan Malaysia sebelum negara itu membuat keputusan keluar dari Persekutuan Tanah Melayu.

Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura, Dr Janil Puthucheary berkata, dokumen tersebut yang diberi jolokan ‘Albatross File’ akan diterbitkan dalam sebuah buku pada hujung tahun ini.

Fail tersebut dimiliki oleh Dr Goh Keng Swee, individu yang sering dianggap sebagai salah seorang pengasas Singapura.

Kumpulan dokumen tersebut antara lain megandungi kertas kabinet dan nota mengenai percakapan Goh dengan pemimpin politik Malaysia.

Dilaporkan, ‘Albatross File’ turut mengandungi pandangan mengenai rundingan yang dijalankan ketika itu, antaranya di antara Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Tunku Abdul Rahman, yang berakhir dengan keputusan Singapura meninggalkan persekutuan pada 9 Ogos, 1965.

Show More

Related Articles

Back to top button