Politik

Noh Omar sahkan tidak bertanding PRN

BANGI – Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Portal MG melaporkan, Noh yang juga bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor sebagai berkata, misi beliau pada kali ini adalah memastikan Perikatan Nasional (PN) berjaya merampas Selangor dari Pakatan Harapan (PH).

“Dalam PRN ini saya tidak bertanding kerana saya ingat cukuplah saya bertanding, bagi calon muka baharu.

“Di Selangor ini pun ramai tokoh muda tapi saya akan turun berkempen kerana saya nak meneruskan perjuangan saya sejak 2008 BN kalah dengan PH, perjuangan saya sehingga sekarang untuk kalahkan PH di Selangor,” kata Noh, malam tadi.

Beliau berkata demikian pada siri jelajah Selangor Baharu Parlimen Bangi, yang turut hadir adalah Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Noh sebelum ini pernah menafikan bahawa beliau akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) malah berkata isu berkaitan calon hanya akan diputuskan kepimpinan parti dalam gabungan itu.

Januari lalu, bekas Menteri Barisan Nasional (BN) itu disingkirkan daripada UMNO selepas memohon dipecat berbanding hukuman asalnya iaitu digantung selama enam tahun.

Media sebelum ini melaporkan anak Noh, Nurul Shazwani akan bertanding merekrut salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Tanjong Karang atas tiket Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Show More

Related Articles

Back to top button