Suspek bunuh, bakar teman wanita hamil didakwa hari ini
SUNGAI BESAR – Seorang lelaki yang menggemparkan seluruh negara selepas terbabit dalam kes bunuh dan bakar teman wanitanya yang hamil empat bulan dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini.
Suspek yang juga bekas penuntut kolej, hadir ke mahkamah pada jam 8.55 pagi dengan kenderaan polis
atas pertuduhan membunuh.
Pada 24 Mei lalu, polis berkata suspek yang berusia 20 tahun telah membawa mangsa menaiki kereta sebelum bertengkar dengan wanita itu dan bertindak memukul kepalanya sehingga pengsan.
Menurut polis, suspek kemudian menikam mangsa menggunakan pisau dapur serta menoreh perut wanita berusia 21 tahun itu sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali semula ke lokasi kejadian keesokan harinya dengan membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat berkenaan sekali lagi.