Sukan

Neymar berminat pindah ke Man United

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar dilaporkan hanya berminat menyertai Manchester United pada musim panas ini dan tidak akan meninggalkan Paris Saint-Germain untuk kelab lain.

Pemain 31 tahun itu dilihat merupakan antara pilihan terbaik buat pengendali United, Eric Erik ten Hag selepas dia berjaya meledak 118 gol dalam 173 perlawanan bersama PSG.

Dengan kariernya yang dilihat semakin menuju ke penghujung, berpindah ke kelab adalah antara pilihan yang betul, sekiranya ditawarkan dengan gaji yang lumayan.

Ketika kini, pemain yang kekal sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak itu menerima gaji sebanyak 1 juta pound (RM5.72 juta) seminggu.

Neymar yang juga tidak mempunyai hubungan baik dengan pengurusan kelabnya turut dibayangi dengan siri kecederaan serta usianya yang semakin meningkat.

Dalam pada itu, PSG juga akan melakukan rombakan besar-besaran selepas gagal dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah sejak bertahun-tahun lalu.

Untuk rekod, Neymar mempunyai baki empat tahun dalam kontraknya sekarang, dan media Inggeris melaporkan dia hanya berminat berpindah ke Old Trafford.

Show More

Related Articles

Back to top button