Berita Semasa

KETENGAH bantu pelajar tinggalkan pengajian akibat kesempitan hidup

HULU TERENGGANU – Kepayahan hidup seorang pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa membuat keputusan berhenti daripada meneruskan pengajian kerana masalah kewangan mendapat perhatian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga pelajar Kolej KETENGAH dari Bukit Ara, Ajil itu bagi menyampaikan bantuan selain membantu meneruskan pembelajaran salah seorang ahli keluarga tersebut.

“Pagi tadi saya dimaklumkan, salah seorang pelajar Kolej KETENGAH, Ainun Mardiah Mohd Lazim di Bukit Ara, Ajil tidak dapat meneruskan pelajaran atas faktor kewangan.

“Alhamdulillah, pihak KETENGAH akan menyelesaikan tunggakan bayaran yuran dan adik Ainun Mardiah dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.

“Semoga adik Ainun Mardiah sekeluarga dipermudahkan urusan,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal dalam satu kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Hari ini, sebuah akhbar melaporkan, Ainun Mardiah, 19, meninggalkan asrama tanpa pengetahuan pengurusan KETENGAH pada 29 Mac lalu.

Remaja itu yang juga anak tunggal kepada pasangan Mat Lazim Jusoh, 50, dan Roslindawati Abd Rahman, 45, terpaksa keluar daripada asrama berikutan ketiadaan wang belanja harian untuk makan dan minum.

Bagaimanapun, akhbar itu melaporkan Ainun Mardiah masih berminat untuk meneruskan pengajian, terutama menduduki peperiksaan yang bermula pada bulan hadapan.

Show More

Related Articles

Back to top button