Politik

Bersatu tangguh pemilihan, siap sedia hadapi PRN

KUALA LUMPUR – Pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan bahagian  Bersatu ditangguh, namun tidak melebihi 18 bulan umum Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut Hamzah, penangguhan itu tidak bersekali dengan pemilihan di peringkat cawangan.

“Sehubungan itu, MPT juga bersetuju agar pemilihan bahagian dan MPT (kecuali cawangan) ditangguhkan tidak lebih daripada tempoh 18 bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Hamzah, malam kelmarin berlangsung mesyuarat MPT Bersatu yang dipengerusikan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam mesyuarat terbabit, beliau berkata, Muhyiddin menzahirkan parti itu bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Tambahnya, mengenai persiapan jentera, beliau berkata, seluruh kekuatan parti diperkemaskan di semua negeri agar menjadi satu ketumbukan yang ampuh.

“Bersatu bersama Perikatan Nasional (PN) juga melahirkan keyakinan tinggi untuk memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya negeri itu nanti dengan mempertahankan Kelantan, Terengganu serta Kedah.

“Kita akan berkerja kuat bagi menawan Selangor, Negeri Sembilan serta Pulau Pinang,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button