Berita SemasaSukan

Pertarungan tinju Paul-Tyson jana lebih RM80 juta

ARLINGTON – Kira-kira 72,300 penonton hadir menyaksikan perlawanan tinju antara Jake Paul dan Mike Tyson, sekali gus memecahkan rekod penonton yang hadir ke Stadium AT&T, Sabtu lalu.

Pendapatan keseluruhan yang diraih menerusi pertarungan itu juga mencecah AS$18,117,072 (RM80.9 juta), iaitu rekod baharu untuk acara tinju dan seni bela diri campuran di luar Las Vegas.

Selain itu, pertarungan itu turut menjadi acara sukan global paling banyak ditonton dalam sejarah penstriman apabila berjaya meraih 65 juta tontonan serentak di Netflix.

Menerusi pertarungan itu, Paul menewaskan Tyson, 58 tahun, menerusi keputusan majoriti dalam pertarungan lapan pusingan.

Pada masa yang sama, pertarungan antara dua petinju wanita, Katie Taylor dan Amanda Serrano dimenangi Katie buat kali kedua.

Pendapatan di Stadium AT&T mengatasi rekod sebelum ini membabitkan pertarungan Canelo Alvarez-Billy Joe Saunders pada 2021 yang dilaporkan mencecah A$9 juta (RM40.2 juta).

Pertarungan tinju Paul-Tyson turut membawa kepada pertaruhan paling tinggi dalam sejarah, dengan ramai yang menjangkakan Tyson bakal memenangi pertarungan itu menerusi ‘Knockout’ atau KO.

Show More

Related Articles

Back to top button