Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Wanita hilang di Shah Alam ditemui di Kuantan

SHAH ALAM – Wanita berusia 42 tahun dari Seskyen 17 di sini yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu disahkan berada dalam keadaan selamat di Kuantan.

Berita kedudukan wanita berkenaan disahkan oleh ahli keluarganya kepada pihak polis lewat malam tadi selepas berita mengenai kehilangannya dilaporkan media.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, wanita yang merupakan pemilik syarikat agensi takaful itu akan pulang ke Shah Alam untuk bertemu dan memberi keterangan kepada dengan pegawai penyiasat.

“Maklumat lanjut mengenai punca kehilangan dan pihak yang menemukan wanita itu hanya akan dapat dikongsikan selepas keterangan selesai direkodkan” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan kehilangan seorang perempuan dikenali sebagai Junaida Abdul Rahim selepas keluar dari rumah menuju ke tempat kerja di Subang Jaya.

Aduan kehilangan mangsa dibuat oleh rakan serumah mangsa yang tidak dapat menghubunginya sejak Jumaat lalu.

Polis semalam turut mengesahkan kenderaan Mitsubishi Triton yang dipandu mangsa di temui di Jalan Ampang.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button