Berita SemasaPM X

Kerajaan tidak beri elaun kepada badan uniform parti politik – PM

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang elaun diberikan kepada mana-mana badan uniform parti politik, menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan, demikian tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pemberian elaun penugasan hanya diberikan kepada sukarela yang berdaftar di bawah agensi kerajaan mengikut kadar ditetapkan di bawah akta dan peraturan agensi berkenaan.

“Antara agensi kerajaan yang mempunyai anggota sukarelawan dan diberikan elaun penugasan adalah daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

“Justeru, pemberian elaun kepada badan beruniform parti politik tidak berbangkit sama sekali.

“Kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan aktif semua pihak dalam menyertai aktiviti kesukarelawan dalam membentuk jati diri masyarakat yang mampan,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Dewan Rakyat semalam.

Terdahulu, Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mahu penjelasan kerajaan berhubung dakwaan pemberian elaun kepada badan beruniform parti politik menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Show More

Related Articles

Back to top button