Berita SemasaSukan

EPL: City alami kekalahan pertama musim ini dibenam Bournemouth

LONDON – Manchester City mengalami kekalahan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama mereka tahun ini selepas tewas 2-1 kepada Bournemouth di Stadium Vitality awal pagi tadi.

Antoine Semenyo dan Evanilson meledak gol untuk memastikan kemenangan yang sepatutnya buat The Cherries yang tidak pernah menewaskan City sepanjang sejarah mereka.

Dengan kekalahan itu, Liverpool kini merampas takhta pucak liga selepas mencatat kemenangan ke atas Brighton 2-1 di Stadium Anfield.

Selain itu, Arsenal turut catat kejutan selepas tewas 1-0 di Newcastle United, sekali gus menyaksikan anak buah Mikel Arteta hanya meraih satu mata menerusi tiga perlawanan terakhir mereka.

Pengurus Bournemouth, Andoni Iraola menyifatkan kemenangan ke atas City adalah perkara yang perlu dibanggakan memandangkan dia telah ‘tewas berkali-kali’ menentang Guardiola.

“Rasanya hebat. Sangat sukar untuk mengalahkan City. Anda perlu menikmatinya hari ini; esok kita akan mula memikirkan tentang Brentford.

“Selain keputusan itu, saya amat berbangga dengan persembahan itu. Untuk menewaskan mereka dengan sewajarnya adalah lebih sukar dan walaupun kami menderita sehingga ke penghujung, saya rasa kami layak untuk yang ini.

“Saya telah tewas berkali-kali menentangnya (Guardiola), jadi anda perlu berseronok apabila tiba harinya!

“Ia adalah perlawanan Liga Perdana pertama yang mereka tewas pada 2024 dan kami berada pada bulan November. Anda perlu menikmatinya kerana anda tahu ia tidak akan berlaku banyak,” katanya selepas perlawanan.

Sementara itu, Pengurus City, Pep Guardiola mengakui tidak dapat menandingi kehebatan Bournemouth, selain menyifatkan terdapat kurang masa untuk melakukan pemulihan selepas perjalanan dari London.

“Kami tidak dapat menandingi kehebatan Bournemouth, yang mempunyai enam atau tujuh hari. Terdapat kurang masa untuk pemulihan selepas perjalanan dari London.

“Mereka mempunyai peluang, kami mencipta beberapa terutama pada penghujung dan kami mempunyai momentum kami, tetapi semasa bola panjang, kami tidak dapat pertahankan dan apabila itu berlaku, anda perlu bertahan dengan begitu mendalam.

“Mereka memberikan segala-galanya. Selepas sembilan tahun bersama, saya tahu mereka memberikannya tetapi tidak cukup untuk bersaing dengan pasukan itu pada masa itu,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button