Ustaz Haslin Bollywood dirawat di hospital, alami serangan strok
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Haslin terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di sini selepas diserang angin ahmar hingga menyebabkan satu saluran darah di bahagian otak tersumbat.
Perkara itu disahkan oleh pendakwah bebas Ustaz Abdullah Khairi dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.
“Salam, sahabat terdekat boleh bantu yang semampu. Ustaz haslin ni sepenuh masa dengan dakwah. Anak-anak semua bawah tanggungnya (kerja dengan beliau).
“Beliau tak ada medical card (tak layak). Dengan kos yg meningkat untuk rawatan dan nak recover balik mungkin mengambil masa,” katanya.
Dalam pada itu Abdullah berkata, kos rawatan yang ditanggung Ustaz Haslin juga semakin meningkat dimasukkan ke pusat rawatan itu sejak semalam.
“Hari ini dah RM50,000, tak tau berapa lagi yang nak kena. Jom, kita support daie ummah ini dengan transfer berapa yang boleh ke akaun Pusat Kecemerlangan Assyafie, Bank Islam 07043011026543,” katanya.
Abdullah berkata, pihaknya terpaksa menggunakan akaun tersebut kerana bimbang jika menggunakan akaun individu akan disekat pihak perbankan.