Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Dua lelaki letak kepala babi di kedai roti canai ditahan polis

KAJANG – Dua lelaki yang dipercayai meletakkan dua kepala babi di sebuah kedai roti canai di Bandar Teknologi di sini, kira-kira dua minggu lalu lalu sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dua lelaki berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan selepas empat hari laporan dibuat iaitu pada 15 Oktober lalu.

Beliau berkata, perbuatan kedua-dua suspek bertopi keledar yang membuka dua kepala babi dari plastik dan meletakkannya di dapur penggoreng roti canai itu berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

“Dua individu memakai baju berwarna hitam dan memakai topi keledar hitam serta merah masuk ke dalam kedai berkenaan.

“Kedua-dua suspek itu kemudian bertindak meletakkan kepala babi atas dapur roti canai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, susulan itu, pengadu berusia 18 tahun telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Siasatan membawa kepada tangkapan dua suspek lelaki warga tempatan berusia 35 dan 51 tahun pada 15 Oktober lalu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan dan mendapatkan bukti berkaitan kes ini,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298/427 Kanun Keseksaan.

Show More

Related Articles

Back to top button