Berita SemasaDalam Negeri

Karnival Liga Sukan UNITI berjaya satu padukan rakyat Malaysia atas semangat kesukanan – Safee Sali

BANGI – Bekas penyerang bola sepak negara, Safee Sali mengakui penganjuran Karnival Liga Sukan UNITI amat berkesan dalam menyatu padukan rakyat Malaysia.

Safee berkata, beliau dapat melihat sendiri bagaimana pelbagai golongan yang berbilang bangsa dapat disatukan di bawah satu bumbung dan sama-sama bersaing atas nama semangat keuskanan.

“(Semangat para peserta) Sangat bagus, dan saya gembira dapat melihat bermacam golongan, daripada pelajar hingga ke warga emas, memberi sambutan yang amat baik (terhadap karnival ini).

“Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih bersatu padu dan saya amat berharap supaya karnival sebegini akan dapat diteruskan pada tahun yang mendatang,” katanya.

Sementara itu, penyampai Radio Era, Radin Amir Effendy atau lebih dikenali sebagai Radin berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Safee bahawa sukan dapat menyatu padukan rakyat Malaysia.

“Saya dan rakan artis yang lain berada di sini hari ini bagi memberi sokongan kepada penganjuran hari ini.

“Memang terbukti, dan dapat dilihat sendiri, bahawa karnival hari ini berjaya menyatu padukan kita semua, tak kira bangsa dan pangkat,” katanya ringkas.

Karnival Liga Sukan UNITI dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan tujuan menyatukan rakyat Malaysia menerusi sukan.

Bagi edisi peringkat kebangsaan kali ini yang diadakan di Uptown Sports di sini, sebanyak tiga acara sukan dipertandingkan iaitu bola jaring, badminton, dan futsal.

Show More

Related Articles

Back to top button