Berita Semasa

Kibar bendera China: Penganjur sambutan Guan Gong mohon maaf

KUALA LUMPUR – Penganjur sambutan Guan Gong Sedunia memohon maaf atas insiden perarakan sambil mengibar bendera China di Menara Condong Teluk Intan pada semalam.

Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, Soon Boon Hua berkata, perbuatan itu dilakukan oleh rombongan dari China dan bukan penduduk Malaysia.

“Untuk makluman semua, tindakan mengibarkan bendera negara lain tidak dirancang dalam tentatif sedia ada oleh pihak pengelola.

“Sambutan Guan Gong Sedunia merupakan program yang telah berlangsung banyak tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah, Perak merupakan salah satu stesen yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Menurutnya, menjadi kelaziman, pihak pengelola akan mengibarkan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotik pada sambutan tersebut.

“Perarakan dan sambutan di Teluk Intan, Perak adalah tidak terkecuali daripada itu.

“Sebagai pihak pengelola, saya sekali lagi memohon maaf atas insiden tersebut dan akan meneliti segala aspek yang perlu diperbaiki demi menjayakan program tersebut,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button