Berita Semasa

Ribut Trami: MetMalaysia keluar amaran hujan, angin kencang di Sabah

KOTA KINABALU – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut tropika Trami yang dikesan berlaku 1,281 kilometer (km) ke Timur Laut Kudat akan menyebabkan hujan berterusan dan angin kencang berlaku di Sabah.

Menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan hari ini, ribut tropika itu terjadi pada kedudukan latitud 15.7 utara dan longitud 124.4 timur, kira-kira 395 km ke Timur Laut Manila, Filipina.

Berdasarkan pencerapan pada 8 pagi, MetMalaysia memaklumkan ribut tropika berkenaan bergerak ke arah Barat Laut dengan kelajuan 20 km sejam (km/j) dan boleh mencapai maksimum 83 km/j.

Menurut MetMalaysia, selain hujan dan angin kencang yang berterusan, keadaan laut bergelora juga akan berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button