Berita Semasa

Situasi di Laut China Selatan selamat, terkawal

KUALA LUMPUR – Situasi di Laut China Selatan masih selamat, terkawal dan terbuka kepada komuniti maritim.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, kehadiran aset maritim China di Laut China Selatan adalah lebih kepada pasukan pengawal pantai dan bukannya kapal perang.

“Walaupun kehadiran kapal China mencetuskan polemik namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti di Vietnam,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Adly berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai sejauh mana keselamatan perairan Malaysia di Laut China Selatan terjamin susulan pencerobohan kapal frigat tentera China dan Pengawal Pantai China di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Wilayah Maritim Sarawak.

Bagaimanapun, Adly kemudiannya menambah, Kementerian Pertahanan tetap komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan negara serta memastikan kesiap siagaan aset berada di tahap optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman keselamatan negara.

Show More

Related Articles

Back to top button