Berita Semasa
Keadaan Tun M semakin pulih
CYBERJAYA – Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), semakin pulih.
Menurut pembantunya, Sufi Yusoff, Dr. Mahathir bagaimanapun masih belum dibenarkan keluar dari IJN kerana masih menerima rawatan.
“Alhamdulillah, keadaan Tun semakin pulih namun masih menerima rawatan.
“Namun, masih belum pasti bila Tun akan dibenarkan pulang,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN sejak kelmarin kerana jangkitan paru-paru.
Beliau mendapatkan rawatan di IJN sejak petang Selasa dan diberi cuti sakit selama 12 hari sehingga Khamis minggu hadapan.