Berita SemasaDalam Negeri

Siasatan terhadap Bloomberg telah dimulakan -PM

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan beberapa individu dari Bloomberg berkait laporan agensi berita antarabangsa itu yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anwar berkata, kerajaan melalui PDRM telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 1 Oktober 2024 bagi mendapatkan laporan penuh.

Katanya, susulan daripada laporan berita tersebut, satu laporan polis telah dibuat oleh SPRM pada 27 September 2024.

“PDRM telahpun mengambil keterangan beberapa individu pada 1 Oktober, 8 Oktober dan 11 Oktober lalu termasuk wakil Bloomberg Malaysia.

“Siasatan PDRM mendapati kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Bloomberg Singapura, disunting oleh Bloomberg Hong Kong dan tiada kaitan dengan mana-mana individu dari Bloomberg Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu kesediaan kerajaan untuk mengambil tindakan perundangan terhadap Bloomberg, berhubung dakwaan campur tangan Perdana Menteri dalam siasatan SPRM sehingga mencemarkan imejnya dalam memerangi rasuah.

Anwar berkata, kerajaan melalui PDRM telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada 1 Oktober 2024 bagi mendapatkan laporan penuh.

Siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 505b Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Justeru, beliau menyerahkan tindakan pendakwaan kepada Peguam Negara sekiranya tindakan agensi berita tersebut menyalahi undang-undang.

SPRM dalam kenyataan medianya pada 27 September 2024 menafikan dakwaan berita yang disiarkan di sebuah portal berita tempatan dan antarabangsa yang menyatakan bahawa SPRM telah menerima arahan daripada pihak tertentu agar tidak melakukan siasatan terhadap individu tertentu membabitkan pembelian saham sebuah syarikat.

SPRM menyifatkan laporan berita yang disiarkan tersebut adalah tidak tepat serta tidak berkredibiliti.

Show More

Related Articles

Back to top button