Berita Semasa

Malaysia, Arab Saudi cerap anak bulan pada tarikh sama

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Arab Saudi akan melakukan cerapan anak bulan pada hari yang sama iaitu pada waktu maghrib, hari ini maklum Persatuan Jurufalak Syarie (JUFAS).

Penetapan hari raya di negara ini akan dibuat dengan menggunkan kaedah cerapan (rukyah) anak bulan dan hisab (kiraan) berdasarkan kriteria imkanurukyah (kebolehnampakan).

Hasil cerapan anak bulan, sama ada kelihatan atau tidak, tetap akan diambil kira dalam prosedur membuat keputusan walaupun data menunjukkan anak bulan tidak akan kelihatan pada hari cerapan yang dijadualkan pada petang ini, bersamaan 29 Ramadan 1444H.

Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC), badan astronomi yang berpangkalan di Abu Dhabi baru-baru ini memaklumkan tiada kemungkinan untuk melihat anak bulan Syawal hari ini dan Aidilfitri mungkin jatuh pada hari Sabtu.

Menurutnya, melihat anak bulan adalah adalah sukar dan memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional serta keadaan cuaca yang luar biasa dan gabungan semua faktor itu sangat jarang berlaku.

Sehubungan itu, anak bulan dijangka tidak dapat dilihat walaupun menggunakan teleskop dari mana-mana sahaja di dunia Arab.

Bagaimanapun, IAC berkata, terdapat kemungkinan beberapa negara Islam lain, dapat melihat anak bulan, Khamis ini dan disebabkan berlakunya ijtimak atau waktu konjugasi (dua objek berada dalam kedudukan sebaris), sebelum matahari terbenam dan munculnya bulan selepas matahari terbenam di semua wilayah dunia Islam.

Show More

Related Articles

Back to top button